Tuesday, March 16, 2010

Murtabakraja

Sejarah Murtabak Raja

Murtabak Raja merupakan makanan yang berasal dari Kelantan, ia merupakan murtabak yang mempunyai ciri-ciri istimewa diilham khas bagi hidangan kerabat Di Raja Kelantan pada tahun 1950an. Pada zaman dahulu, makanan ini hanya boleh dinikmati oleh kerabat Di Raja sahaja kerana harganya yang mahal dan proses pembuatannya sangat rumit dan dibuat dengan menggunakan tangan.

Ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa, yang mana salah satu darinya adalah mempunyai saiz yang agak besar dan sesuai dimakan oleh 5 hingga ke 6 orang. Kini, anda juga boleh merasakan keenakkan Murtabak Raja sendiri.

Murtabak Raja berintikan daging ayam atau daging lembu beresipikan Rempah Raja tradisional Kelantan disaluti dengan telur dan bawang bergred tinggi. Boleh dihidangkan dengan acar bawang tradisional dan salad pilihan anda atau hirisan telur rebus sebagai hidangan sampingan,sarapan,makan tengahari atau makan malam.

Lazat dan mudah disediakan, digoreng tanpa minyak, dibakar dalam oven atau ketuhar gelombang. Untuk lebih rangup lagi,sapukan sedikit mentega sebelum digoreng/dipanaskan. Nikmati hidangan lazat di Raja ini bersama keluarga tersayang atau sahabat handai hari ini.

6 comments:

kisahremaja said...

waa....memang sedap la murtabak raja...slalu pesan kalau member balik kelantan.... lagi satu serunding daging tempatan pun sedap....

kisahsensasi said...

penah cuba nak abiskan murtabak nie sendirian....tapi lepas tue... kenyang giler...

hazman aka species1980 said...

murtabak nie patutnya lebih banyak dijual atau dieksport sbb ada nilai komersial...

Nik Nurehan said...

kisah remaja : wah suka yerk srunding daging. walau an ni org kelate, tapi an x suka. entah naper. mukin x mo mcuba sbb tu kata x suka! susah nk cuba sesuatu. ekeke. yeap2 org mkn daging tmpatan walau rega nya mahal skit tapi puas hati bebanding dging import kan.

Nik Nurehan said...

kisah sensasi : hah? nk mkn seseorang. biar betul. kkeke. kalau skali hadap rasanya x boleh kut. sbb menda ni mgeyangkan jgk!

Nik Nurehan said...

hazman : cuba ke website murtabakraja.com :)