Monday, March 08, 2010

Hari Wanita 2010

8 Mac 2010 adalah Hari Wanita Sedunia. Selamat Hari Wanita, wanita-wanita sekelian! :)

Kepada;

Para suri rumah kerana telah bertungkus lumus menguruskan sebuah rumah tangga. For making a building more than just a house, but a home.

Para ibu-ibu mithali yang bersabar dengan kerenah anak-anak serta suami. Bukan senang tu. Macam-macam ada.

Para wanita yang sentiasa menyokong suami mereka dengan penuh kepercayaan dan kesetiaan. Kelembutan yang ALLAH anugerahkan adalah untuk membelai tapi cukup kuat untuk menyokong di saat paling sukar.

Kepada semua wanita yang menuruti perintah ALLAH dan memenuhi takdir mereka sebagai perhiasan dunia, ingatlah betapa Islam memuliakan wanita dan mengapa. Sesungguhnya wanita paling mudah untuk menghuni syurga, tetapi penghuni neraka itu ramai daripadanya adalah wanita.

Semoga ALLAH memberkati dan meredhai hari ini yang dinamakan sebagai Hari Wanita dengan segala kebaikan. Semoga ALLAH merahmati semua wanita~

Wassalam.

No comments: