Saturday, February 13, 2010

Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. - Utusan

Sangat x berperikemanusiaan arh!!! Sedey dowh!!!

No comments: