Friday, January 22, 2010

Tepung Pelita


Tepung pelita sejenis kuih lembut dalam bekas daun pisang. Popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.

Tepung pelita biasanya dihasilkan untuk jualan harian. Ia tidak tahan lama dan tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. DIsebabkan tepung pelita tidak tahan lama, ia tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit, bukan untuk tujuan borong.

* Sgt2 best okeh lebeh2 kalau dibeli di satu geraiii yg tletak di jalan Istana. Bhadapan dgn Kedai Proton itu.. Soo nyuuumy. Auchh tu bagiiii org yg duk KB ok. Ala sbenarnya kuih ni mudah didapatiii pun... Mana2 gerai/pasar kueh mmg ada... Tapi x de la smuaaaa kedaii yer!

Harga?? RM 1 utk 4 ketul :)

No comments: