Sunday, January 24, 2010

Jom makan nasi ulam… terangkat beb!






Jika terasa lapar selepas puas menyaksikan keunikan barangan kraftangan di sini, pengunjung boleh menjamu selera dengan menu ala kampung di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang diusahakan pesara guru, Abdul Hamid Idris di dalam kawasan perkampungan itu.
Pengunjung pasti akan terkenang-kenang keenakan masakan nasi ulam dengan lauk ikan air tawar seperti patin, jelawat, keli serta ayam goreng berempah yang dinikmati bersama ulam-ulaman yang dicicah dengan makanan kesukaan orang Kelantan iaitu budu.

RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK) mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.

Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.

Info
Kampung Kraftangan
* Dibina di kawasan seluas 5,423 meter persegi
* Diwujudkan sebagai pusat pengembangan industri kraftangan Kelantan
* Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali Jumaat.

*Yeah2 Cik An x nafikan tau.. Mmg murah n tekezupp giler lah. walaupun lauk2 kami simple saja tapi sgt2 la sedap. bak mkn d rumah jerk. kena dgn slera kita neh! hehe
Utk 2 org mkn bserta air cuma rm 12.
(lauk2 yang cik an amik aym grg, ikan kerisi, ikan baka, budu, sayur cuk paku)
Ikut kan hati mcm2 lauk nk mbik ok tapi nk wt camne bkn x mo, tapiiiiiiiiiiiiiii sudah abis! haha

* Yang!! next time kita g awaii skit yer! ye lah kita dh g kui 3, mana nk ada lauk dh ;( sobsob.
walau x de lauk sgt janji leh mkn. kiranya x mhampakan kita la walaupun first time mkn di situ!

Korang2 harusss la mcubaa mkn distu ekk. Nama lagik nsik ulam, smemangnya lauk2 pun bcirikan kampung2 la ek!! no western okeh!! hahaa

Layannnzzz... Delicious local food restaurant and very famous to locals.

No comments: