Monday, January 11, 2010

Aizat - Anugerah Juara Lagu ke AJL24 2010

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengarikau pergi..
pergi..sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata merekabiarkan kenangan berbunga di ranting usia

Siapa sangka, lagu Aizat Pergi di mana komposer/penulis lirik nya adalah Pete Teo dinobatkan pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24.Memang memukau lagu Pergi ni.Yuna pula dapat tempat ke 2 dengan dendangan lagu Dan Sebenarnya,komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil . Faizal Tahir pula yang hadir dengan keadaan yang baru baik dari kecederaannya hanya mampu menang tempat ke-3.Memang semua persembahan mantap tak ingat lah.

Yang bestnya pada malam Anugerah Juara lagu ni, Aizat dendangkan lagu Pergi dalam versi Bahas Inggeris, “I go” which is a very good lyrics indeed.Best sangat, memukau kalbu kata orang.Tahniah Aizat, you deserve it!Rasanya Anugerah Juara lagu ke 24 tahun 2010 ni merupakan yang paling happening dan paling best props dan pentas,layout semuanya mantap.Hopefully ini akan berterusan dan semoga dapat semarakkan lagi dunia muzik Malaysia!

Selaku juara, Aizat memenangi hadiah wang tunai RM35,000 dan RM10,000 lagi untuk persembahan terbaik.

Tempat kedua dimenang oleh Yuna yang menyampaikan lagu Dan Sebenarnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi Faizal Tahir dengan hadiah wang tunai RM12,000 menerusi lagu Bencinta.

Untuk vokal terbaik yang menawar hadiah RM10,000 dimenangi oleh Black, yang tampil dengan alagu Aku Rindu Sayang Kamu.



No comments: