Monday, November 23, 2009

Khusus Untuk Ibu Bapa Sahaja ...


How to be a superb parents?Let me tell you.
  • Kalau jadi mak bapak tolong…sokong anak-anak dalam bidang yang mereka minat, jangan terlampau mengongkong dan memaksa anak ikut kehendak sendiri!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong beri kritikan positif yang boleh memberi anak semangat untuk buat sesuatu kerja bukan beri kritikan negative dan membunuh dan membuat anak sekaligus jatuh!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong berikan kepercayaan walaupun sedikit terhadap anak dan janganlah anggap anak itu loser dan tak mampu buat sesuatu perkara yang dianggap besar dalam hidupnya!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong beri peluang kepada anak yang dah besar panjang untuk buat pilihan hidup sendiri bukan segalanya ditentukan!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong faham bahawa anak juga seorang manusia yang ingin kebebasan untuk berkawan dan memilih cinta!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong beri teguran dengan suara yang baik bukan secara melulu marah dan menengking jika tak mahu anak tidak memberi reaksi negative dan sekaligus boleh mengundang gaduh!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong jangan bersikap pilih kasih dan rasa gembira pada anak yang berkebolehan tinggi sahaja tetapi memberi layanan buruk pada anak yang kurang berkebolehan!
  • Kalau jadi mak bapak...tolong jangan lihat keburukan anak saja, lihat dan pujilah kebaikan yang ditunjuk oleh anak walaupun sedikit dan tak perlulah membanding-bandingkan kebaikan anak orang lain!
  • Kalau jadi mak bapak…tolong ambil tahu tentang kebajikan anak-anak dan jangan biarkan anak menghadapi tekanan bersendirian!
p/s : Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang boleh menjadi sahabat baik anak mereka.

No comments: