Wednesday, June 04, 2008

Part 1

Bayangkan anda memilikinya...
Bayangkan anda dipinang dgn brg kemas sbegini.

Bayangkan cincin perkahwinan anda berupa sebegini..
Bayangkan barang hantaran nya sbegini.

auuww.... best nyerrrrrrrrrrrrr :)

1. RM 6 ribu
2. RM 9 Ribu
3. RM 19 ribu

1 & 2 same price, RM 18 ribu

1. RM 8 ribu
2. RM25 ribu
3. RM 9 ribu

9 comments:

powerball lottery said...

Katon, Goukakyu no jutsu.

l y n n a s h a a r i said...

heeeeeeeee..ann suh kerie beli time nk kawen..;D

Nik Nurehan said...

eee entah bila mau kawen!! :)

l y n n a s h a a r i said...

ntla..tgu die bis ngajiii dulu
pastikan tiba mase tuw
;)

Nik Nurehan said...

haha. gataii la saya :)

~ mizzAmy ~ said...

~ wallaa... adakah parents u wat bisness jual barang kemas? ~

Nik Nurehan said...

ish tidak la.. :)

Anonymous said...

BERDASARKAN kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang julung kali yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah Iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, Iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" (QS 7:12). Iblis lalu dilaknati oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu.
Sekurang-kurangnya dua akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :

Pertama, ia dimasukkan ke dalam golongan kafir.
Allah Taala berfirman, mafhumnya : Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir (QS 2:34).
Kedua, ia dimasukkan ke dalam golongan orang yang terhina dan tidak layak tinggal di syurga.
Allah berfirman, mafhumnya : Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina. (QS 7:13).

Anonymous said...

Sifat takbur yang dapat dikesan daripada tutur kata dan perlakuan zahir itu berpunca daripada lintasan hati yang mengandungi rasa tinggi atau besar diri di samping merendahkan mertabat orang lain atau menolak kebenaran.
Mengikut Abu Yazid: "Seorang hamba itu selama masih mempunyai sangkaan, bahwa antara makhluk ada orang yg lebih buruk atau lebih jahat amalannya daripada dirinya sendiri, maka orang itu bersifat takbur".
Lalu Abu Yazid ditanya, "Bilakah seseorang itu dapat disebut sebagai bertawadhuk?" Abu Yazid menjawab, "Manakala ia tidak tahu bagaimana kedudukan serta keadaan dirinya sendiri".
Lawan sifat takbur itu ialah tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), iaitu lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataannya lewat perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan pasrah kepada Allah, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.
Tawaduk itu adalah sifat hati yang terpuji (mahmudi). Sifat ini membawa kemuliaan. Orang yang berkenaan akan mendapat kedudukan (darjat) yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keridhaan Allah kecuali Allah akan memberi tingkat yang tinggi kepadanya (HR. Muslim).
Takabur dan tawaduk masing-masing ada kalanya bersifat umum dan ada kalanya bersifat khusus. Orang yang merasakan tidak memadai dengan kerendahan atau kesederhanaan hidupnya dikatakan terjatuh ke dalam Takbur Umum. Sebaliknya, orang yang merasakan sudah berpada dengan keperluan hidup sekadar yang ada, walaupun yang rendah atau sederhana mutunya, dia termasuk dalam Tawaduk Umum.
Adapun Takbur Khusus bersifat tertutup, tidak mahu menerima, malah tidak bersedia untuk menerima kebenaran daripada orang lain. Lawannya ialah Tawaduk Khusus yang bersifat terbuka, sentiasa melatih diri untuk menerima kebenaran tanpa mengira sama ada orang yang membawa kebenran itu hina atau mulia.
Untuk mempertahankan tawaduk umum di hati, kita hendaklah sentiasa menginggati pengalaman pahit yang pernah menimpa diri kita sejak mula dilahirkan dan sentiasa menginsafi diri kita sebagai hamba Allah, sekurang- kurangnya sebagaimana yang dikatakan oleh ulamak : "Asal kamu daripada setitik mani (nuthfah) yang hanyir. Akhir kamu menjadi bangkai (mayat) yang busuk. Dan, di antara keduanya, sepanjang hayat, kamu menanggung kekotoran (najis) di dalam perut kamu".
Untuk mempertahan tawaduk khusus pula kita hendaklah sentiasa mengingati seksaan Allah Taala sebagai pembalasan kerana kita menyeleweng daripada kebenaran dan berpanjangan di dalam kebatilan.
Berbeza dengan sifat-sifat hati lain yang hanya mencederakan amal ibadat dan memudaratkan perkara "cabang" sahaja dalam agama, takbur memudarat- kan perkara "pokok", mencderakan agama dan akidah.