Wednesday, April 09, 2008

Jika ia sbuah Cinta ♥

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak mendengar ... namun ia sentiasa bergetar.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak buta ... namun ia sentiasa melihat.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak menyiksa ... namun ia sentiasa menguji.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak memaksa ... namun ia sentiasa berusaha.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak cantik ... namun ia sentiasa menarik.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak datang dengan kata-kata ... namun ia sentiasa hampir di hati.

jika ia sebuah cinta ..
ia tidak hanya berjanji ... namun akan cuba menepatinya.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak hadir dengan kata-kata ... namun kelihatan dari sinar mata.

jika ia sebuah cinta ...
ia mungkin tidak suci ... namun akan hadir dalam ketulusan.

jika ia sebuah cinta ...
ia tidak hadir kerana permintaan .... namun kehadirannya penuh kerelaan.

jika ia sebuah cinta ...ia tidak mungkin hadir kerana kebendaan dan kekayaan ... namun hadir kerana kesetiaan dan pengorbanan.

No comments: